Shopee (Introduction)
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniBerikutan daripada Program Train The Trainer (TOT) via Shopee University hasil kolaborasi pihak MCMC dan Shopee yang telah diadakan di PI sebelum ini, banyak info berkaitan perniagaan menggunakan aplikasi Shopee telah didapati dan sekaligus dapat membantu menaikkan pendapatan para usahawan terutama berdekatan PI. Oleh itu, pada 16 Oktober 2020, petugas PI telah mengambil peluang untuk memberi pendedahan berkaitan aplikasi Shopee kepada para belia dan usahawan berdekatan Pusat Internet Sebandi Ulu. Pendedahan yang diberi ialah berkenaan fungsi Shopee yang bukan sahaja menjadi platform untuk pengguna membeli barangan tetapi sebagai platform menjual produk perniagaan mereka.
Intipati program adalah seperti berikut :
• Mengakses laman sesawang Shopee di internet dan membuat pendaftaran akaun Shopee masing- masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: